Sunday, April 4, 2010

Shhh... My 3rd week during confinement...in Kulim.


Salam semua...

Arini genap 25 hari Ice berpantang. Patutnya Ice update blog pada minggu ke-3. But disebabkan Microsoft Office trial dah expired, so Ice xleh nak edit gambar and sekaligus menyukarkan Ice nak upload latest picture Ice. So serba sedikit info dan gambar-gambar Ice berpantang di Kulim, Kedah kali ini...

Tempoh selepas bersalin : 25 hari

Berat badan : 59kg (at last...as long bawah 60 kg Ice dah lega. Last week 65kg)
and ini buktinya...hehehe

Pinggang : Tak dapat ukur coz measurement tape xdak... (Last Week 31")

Pinggul : Tunggu la Ice beli measurement tape baru, k (Last Week pun 40").



NI close-up muka Ice...rasanya water retention kat muka and leher Ice dah xder sangat.... Kalau you all tengok post Ice last week, muka Ice still kembung nak2 tang pipi kan...Itu bukan montel taw...Itu semua adalah kerana sembap air atau water retention.


Actually untuk gambar bawah ni Ice nak tunjuk yang Ice dah kurus...tapi disebabkan dengan perut yang dililit bengkung and Ice pose duduk, so x nampak la ke'kurus"an Ice...hehe...takper la...next post Ice tunjuk figure latest Ice...



Ramai jugak yang tanya Ice, kalau orang yang lalui pembedahan ceasearean macam Ice ni boleh berbengkung ker? Ice nak nyatakan di sini...sama ada anda ceasear atau normal, berbengkung adalah PERLU, COMPULSORY & MUST!!! Lebih2 lagi kalau anda melalui proses ceaser macam Ice ni...NO EXCUSE...!!!

Nanti Ice terangkan kenapa di post akan datang. Now Ice nak tayang kat korang menu terbaru ice balik kat Kulim ni...Hehehe...

Jeng...jeng...jeng...inilah dia menu terbaru Ice...asyik2 makan ikan...so haritu ibu Ice masakkan ayam kampung...Nyummy...!!!

Resepi di atas ni adalah Ayam Kampung Masak Opor
Dan di bawah ni adalah ulam-ulaman seperti ulam raja dan tiga serangkai... Area Kulim senang sikit nak dapatkan stok ulam...Masa Ice kat Klang dulu, susah jugak nak cari ulam yang fresh macam ni....



So...sekian dulu untuk up-date Ice untuk minggu ke-3 berpantang ni yer... Da....

No comments:

Post a Comment