Sunday, October 30, 2011

Boleh ke penghidap G6PD makan Set Bersalin NR?


"Salam aishah. Nak tanya.. ada tak customer aishah babynya ada G6PD n dia consume phytonatal n air akar herbanika? Akak bimbang coz 2 org anak akak b4 ada G6PD n kemungkinan peratusan utk kena G6PD anak ke 3 ni pun tinggi. La ni Akak preggy 7 bln n dijangka bersalin tgh bln 1 nanti B4 ni masa berpantang dulu pun x dapat nak makan ubat2 utk jaga badan cuma stakat consume Gamogen healin n pati ikan haruan n air rebusan bawang putih, kulit kayu manis, jintan n halia je (dpt resepi air rebusan dr makcik urut) coz bimbang jika ubat yg diminum tu boleh menyebabkan sel darah merah baby pecah. nak tau ler camner.. ada tak customer aishah yg alami masalah macam akak ni yg x leh nak consume ubat lepas bersalin. tk."

Salam sayang buat semua.

Ini pertanyaan baru Ice terima hari ini. Ice minta izin sharekan dengan pembaca2 lain sebab Ice percaya ada pembaca yang mengalami masalah yang sama dengan wanita ini.

Kepada yang bertanya terima kasih Ice ucapkan. Selepas Ice consult dengan ibu Ice, dia beritahu Ice yang ada 2 orang customer dia yang baby and mereka juga menghidap G6PD dan mereka mengambil Set Bersalin NR ketika berpantang. Dan insyallah ianya selamat untuk mereka consume... ;)

Kalau dilihat kembali pengalaman wanita di atas, beliau mengamalkan
"B4 ni masa berpantang dulu pun x dapat nak makan ubat2 utk jaga badan cuma stakat consume Gamogen healin n pati ikan haruan n air rebusan bawang putih, kulit kayu manis, jintan n halia je (dpt resepi air rebusan dr makcik urut)." Dan sebenarnya beliau telah memberi jawapan kepada soalan beliau sendiri!

NR ini yang terkenal sebagai salah satu supplemen yang berasaskan herba. Jika dilihat pada tafsiran herba,


"Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya dan digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan."


Herba


Dan herba yang terdapat dalam NR merangkumi 90% dalam bahan masakan yang very common dalam ruang dapur kita seperti Jintan Hitam (Habatus Sawda), Halia, Cekur, Ketumbar, Jintan Putih, etc.... So jika penghidap
G6PD boleh makan kari, maka dia boleh makan Set Bersalin NR. Kalau penghidap G6PD boleh makan lauk kurma, dia boleh makan Produk Asas NR.



Kari Ayam...Nyum..Nyum...Nyum...


So secara relevannya, Produk Set Bersalin NR ni boleh dikategorikan sebagai "segala herba masakan yang kita tidak tahu sukatannya untuk jadikan herba kesihatan..."

Melalui pengalaman ibu Ice, Ice yakin yang Set Bersalin NR ini selamat untuk ibu dan anak yang menghidap
G6PD. Melainkan kalau kes dia sampai doktor tak benarkan dia makan kari, sesetengah rempah atau herba tak boleh makan, itu dah kes lain kay.

Ni untuk penghidap yang boleh makan kari dan segala rempah dalam masakan. Insyallah, tak memudaratkan.

Diharapkan jawapan Ice ini mampu merungkai persoalan untuk yang bertanya... :)


Membantu demi Allah,
Ice.







Kenapa Set Bersalin NR xde param?


bukan param ni yang kita nak bincangkan hari ni ye...ni param pelawak tu...hehehe...

Haaa....inilah param kat dahi yang ice nak bincangkan. Terima kasih di atas gambar dari blog nixaeemran.blogspot.com


Soalan yang Ice terima tadi, dan teruja untuk share dengan pembaca setia blog Ice...


" Salam kak, mak saya kata Set Bersalin Nr tu tak complete la sebab takde param (yang calit kat kepala tu). So macam mana ye?"


Dan ini dialog seterusnya:

Ice: Apa guna Param tu dik?



X : Mak kata elok untuk elakkan pening2 kepala. Sebab kalau ibu selalu pening kepala nanti boleh cepat rabun

Ice: Ooo...itu macam.... kenapa boleh pening kepala lak?

X : Ntah la kak, Mak cakap sebab masa dalam pantang badan kita panas. So nanti dia buat kita pening2.

Ice: Dari mana datangnya panas badan tu?

X : Mak cakap jamu yang kita dok makan ni kan panas.....

Ice: Ntah la dik, akak tak tahu. Akak tak pernah makan jamu...

X : Habis tu NR ni bkn jamu ke kak?

Ice: Baca post blog akak ni dulu syg... http://iceblessedbeauty.blogspot.com/2010/01/haaa-nr-bukan-jamu.html

X : Ohhh...so NR ni bukan jamu ye kak. saya baru tahu...Jadi dia tak panas la...

Ice: Hmm...kamu dah faham sekarang naper Set Bersalin NR takde param? Sebab dia adalah herba, bukan jamu. So dia tak panas dan takkan menyebabkan pening kepala. Tetapi ada sesetengah kes, angin panas dalam ibu ni banyak sangat, so bila NR ni nak cungkil keluar angin panas tu, ibu jadi pening-pening.

X : Hah, habis tu kalau ibu pening2 macam mana kak?

Ice: Sebab tu ada Minyak Berubat Herba yang boleh digosok pada ubun-ubun dan kepala ibu untuk keluarkan angin panas tu. Lepas tu kena minum air akar herbanika supaya senang panas tu keluar....

Minyak Berubat Herba NR

X : Ooo...so kiranya complete la ye Set Bersalin NR ni...

Ice: Memang complete dear....Insyallah complete....

Ada paham.....??? Hehehe...Sekian....

Friday, October 28, 2011

Rawatan dalam pantang.

Contoh Rawatan Bertungku

Salam,

Dapat satu enquiry dari pembaca blog setia Ice. Soalannya berbunyi begini.

" Akak, saya akan bersalin bulan 3 nanti. Saya tgh cari confinement lady. Tapi saya nak tau apa rawatan yang PERLU sahaja ketika dalm pantang. Bukan apa, masa berpantang banyak duit nak pakai. Tak mau la membazir dengan benda yang tak perlu."
Thanks kepada yang bertanya. Di sini ingin Ice menerangkan bahawa rawatan-rawatan di dalam pantang tu semuanya penting. Dari mengurut, bawak ke bertungku/bertuam, sehinggalah berlulur.

Tetapi rawatan adalah berbeza-beza dengan wanta yang bersalin secara normal dan secara pembedahan. Dan rawatan ini perlulah mengikut keadaan fizikal ibu. So maksudnya, lain orang lain caranya. So biar Ice terangkan satu-persatu rawatan yang PERLU untuk orang dalam pantang.

1. Urutan lepas bersalin (Confinement Massage)

  • Normal: Perlu dimulai pada hari ke-3 dan diulang 3 hari berturut2 untuk permulaan. Lepas tu diulang seminggu sekali sehingga hari ke-44.
  • Pembedahan: Dimulai pada hari ke-7 dan diulang 3 hari berturut-turut untuk permulaan. Lepas tu diulang seminggu sekali sehingga hari ke-44
  • Fungsi: Membantu melegakan tekanan urat dan
2. Bertungku
  • Normal & Pembedahan: Dimulakan seawal hari pertama. Yang terbaik time dalam hospital tu standby tungku air panas atau tungku elektrik. Buat selama 44 hari berturt-turut.
3. Mandi Herba
  • Selain mandi air panas, sebaiknya mandi air herba dari rebusan akar kayu. Perlu diingatkan mandi air herba ni tak boleh pagi-pagi sangat. Nak-nak kalau cuaca tgh hujan. Sebaiknya mandi masa matahari dah meninggi dalam pukul 10. Sebab ibu dalam pantang ni kalau boleh jangan bersejuk, Mandi pun tak boleh lama-lama ye. Siap berendam dalam bath tub lagi...Ewah2... Mandi 5 -10 minit je. Pastu lap-lap, pakai minyak panas satu badan, terus pakai baju. Tapi perlu diingatkan, bila nak basuh rambut, pakai air sejuk. Jangan sesekali basuh rambut dengan air panas. Nanti rambut senang gugur dan muka cepat berkedut.
4. Berbarut dan berlulur Contoh rawatan berbengkung
  • Yang tak tahu beza berbarut dab berlulur, sila klik sini. Rawatan ni penting untuk mantapkan kembali tekstur perut kita supaya tidak menggeleber. Bagi yang nak perut cantik, barut dan bengkung selam 100 hari. Kalau time siang nak pergi keja, pakai korset.
  • Untuk bersalin normal, start dari hari pertama. Untuk bersalin secara pembedahan, minggu pertama tu digalakkan pakai strap on. lepas seminggu pakai lah bengkung cuma pakai longgar-longgar dan sedikit demi sedikit, ikatan bengkung di[erkemaskan ikut keselesaan ibu.
5. Lulur
  • Sebaiknya dilakukan bagi ibu yang nak salin kulit jadi halus mulus dan cantik. Sebab ketika mengandung, pigmentasi kita naik satu badan, nak-nak bawah ketiak dan celah peha.Dan juga ada yng perut jadi hitam. So melulur ni bagus untuk kulit. Lagi bagus beli lulur yang membantu menutup liang roma kita dari dimasuki angin jahat seperti Herbanika Lulur NR. Cara pakai dia pun lain dari lulur yang lain. Lulur NR ni dipakai SELEPAS mandi dan dibiarkan seharian. Kita boleh rasa yang kulit kita sentiasa panas lepas pakai lulur ni.
So, kelima-lima rawatan inilah yang PERLU dibuat oleh ibu-ibu berpantang. Tapi kalau yang tak ada masa sebab kena jaga keperluan lain dirumah, jangan lepaskan 2 rawatn ini iaitu: Mengurut dan Bertubgku,

Sekian post untuk kali ini. Moga memberi manfaat ada pembaca semua... :)

Wednesday, October 26, 2011

Phytox and Akar Herbanika rawat benjolan anak Ice...


Salam sayang,

Ramai orang tak tahu yang NR ni sebenarnya serba guna untuk semua keadaan. Sama ada kita tahu nak guna atau tidak. Contohnya macam pagi tadi anak Ice yang kecit tu -Hydar Umayr dia jatuh terlentang atas marmar hall sebab asyik sangat bertonjeng dengan abang dia. So benjol giler kepala dia. Selain tuam air panas, Ice cepat2 siapkan bahan untuk kasi kecut benjolan tu.

1. Ice ambil 2 biji buah pala dan 2 biji majakani.


2, Ice asah dua2 tu kat bontot ibu lesung sampai halus.


3. Ice campur tumbuk 1 biji PHYTOX.


Phytox ni mengandungi kandungan KUNYIT yang tinggi. yang membantu mengecutkan segala pembengkakan dalaman dan luaran badan. Sebab tu Phytox ni perlu dimakan pada hari ke-30 berpantang untuk kecutkan rahim yang mengembang selepas mengandung. Dan juga diamalkan oleh wanita seminggu tiga kali untuk maintenance rahim mereka.

Masa kawan Ice accident dulu, kulit dia Ice tempekkan dengan PHYTOX satu badan. Dan selepas 2 minggu, kulit lama dia terjatuh macam kulit ular, digantikan dengan kulit yang baru dan tanpa parut.


4. Pastu Ice campur dengan HERBAL BALM NR.


Balm ni boleh ganti vicks, untuk masalah selsema dan batuk. Tapi dalam keadaan merawat anak Ice ni, dia menjadi agen pengecutan dan juga tekstur lembut dia seperti gam untuk segala bahan yang dicampur tadi boleh melekat dekat tempat bengkak anak Ice nanti.


5. Dan inilah bentuk paste itu....



6. Dan dibubuh la pada benjolan


Ok, itu rawatan luaran untuk kecutkan benjolan, bengkak, luka ataupun jerawat yang kronik dan juga bisul.

Kalau rawatan dalaman macam mana?
Ini caranya:

1. Masukkan sikit Nu3Med dalam botol susu.


Nu3med yang ada kandungan gamat ni diharap dapat membantu memulihkan sistem saraf Hydar ketika jatuh terhantuk di lantai. So urat dia tak akan dimasuki angin dan harap benjol tu cepat surut. Lagipun Nu3Med ni manis. Kalau dicampur dengan air, memang budak-budak suka sangat...

2. Rendam 1 uncang Akar Herbanika dan masukkan airnya ke dalam botol susu dan di bancuh dengan air masak.


3. Buat 3 ounce.


4. Ice bagi Hydar minum air Akar + Nu3Med.
Air Akar Herbanika ni dah tebukti mengelakkan segala angin jahat dari memasuki urat kita yang kembang disebabkan lepas bersalin, atau yang disebabkan kemalangan besar mahupun kecil. Urat kita ni very fragile. Bila Urat dah masuk angin, itu yang akan menyebabkan badan kita cepat sakit-sakit, senang dapat bentan urat yang menyebabkan demam urat.

Oleh itu kalau ada anak-anak yang senang terjatuh (ni khas bagi anak-anak yang baru nak belajar berjalan), jadi urat diorang ni senang masuk angin. Sebab tu diorang senang kena demam. So bagi diorang minum air Akar Herbanika + NuMed ni sekali sehari. Insyallah....

Dan juga bagi kepada anak-anak yang tengah demam bagi campuran Nu3Med and air Akar ni 3 kali sehari. Ini yang Ice lakukan setiap kali anak-anak Ice demam. Lepas diorg minum je air akar ni, badan diorang akan start peluh-peluh,. Diorang akan start kentut-kentut (pengeluaran angin panas). Dan mereka start buang air yang lawas (proses buang panas dalam badan).

So kiranya rumah Ice tu dah lama Paracetamol (panadol) tak masuk. Lagipun tak elok bergantung sangat dengan panadol sebab kesan panadol bertahan dalam badan kita sampai 6 tahun.

Dan pengamalan air Akar Herbanika ini boleh dimulakan pada anak-anak seawal umur 6 bulan. Dan untuk kita yang dewasa ni pun, inilah cara amalan NR untuk merawat demam.

Sesungguhnya, NR ni memang serba guna. Sebab tu Ice saaaayaaaang sangat2 NR ni.... :)

Bab benjolan itu, Ice still pantau keadaan Hydar. Kalau dia setakat benjol yang tak berdarah should be okay. Tapi kalau kanak-kanak selepas terjatuh ada mengalami simptom-simptom di bawah, sila bawak mereka segera berjumpa doktor ya. Antaranya:

  1. Pendarahan pada bahagian benjolan yang ketara. Tak kira la pendarahan luaran atau dalaman yang macam luka beku tu.
  2. Pendarahan yang keluar pada mana-mana liang rongga
  3. Muntah dengan tiba-tiba
  4. Mengalami demam panas secara tiba-tiba
Kalau sekadar benjol macam Si Hydar tu, pakai la cara ice ni.,.... Insyallah cepat surut benjolnya. Biasalah, budak baru nak naik....lasaknya boleh tahan...

Salam sayang buat pembaca semua. :)

Monday, October 24, 2011

Bertangas... Mantapkan "tiang seri", tajamkan "gigi" dan kembalikan "kegadisan"


Salam sayang penuh cinta...cheewahhh...heheehe

Hari ini Ice ingin membuat satu new post tentang bertangas khas untuk pembaca setia blog Ice ni...terutama Iee Naa, rakan FB ice...hehehe....

Ok, bertangas ni ada 2 jenis iaitu:

1. Bertangas Kering
  • Untuk mengecutkan segala ketumbuhan dalam rahim, menghilangkan keputihan, merapatkan rahim, mengharumkan kewanitaan kita, dan memantapkan tiang seri kewanitaan untuk memberi impak sensasi ketika berhubungan kelamin.
  • Khas untuk wanita yang belum putus haid dan wanita yang tengah kemuncak waktu berhubungan kelamin . Dalam ertikata lain yang berumur 25-40.
  • Juga khas untuk study case: Fibroid, cyst, endo,dan segala ketumbuhan di dalam rahim.
  • Untuk wanita selepas pantang
2. Bertangas Basah
  • Tujuannya untuk mengembalikan "kelembapan: kewanitaan, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monapous atau yang telah monapous.

Bilakah aktiviti bertangas ini perlu dilakukan?
  • Hari haid ke-6,7&8.
  • Seminggu 3 kali kecuali period
  • Untuk study case, tiap2 hari sehingga ketumbuhan hilang atau kecut sendiri
  • Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37

Di sini Ice akan share cara menyediakan bahan bertangas sehinggalah cara-cara untuk bertangas.

Cara penyediaan tangas basah.
  1. Ambil 1 Uncang Cuci Herbanika dan rendam di dalam air panas.
  2. Tutup bekas dan tunggu sehingga uncang cuci kembang dan mengeluarkan warna seperti teh o
  3. Tuangkan Minyak Berubat Herba

Cara penyediaan tangas kering.
  1. Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur sehingga betul-betul panas
  2. Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar (tiada dalam gambar sebab dah habis) dan 1/2 cawan perahan air limau nipis. Bahan-bahan ini Ice syorkan sebab ia senang diperolehi di dalam dapur, Kepada sesiapa yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 biji majakani yang telah ditumbuk, inai yang ditumbuk, 9 biji asam gelugor.
  3. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati
  4. Alaskan daun sireh dalam mangkuk tanah.
  5. Masukkan batu tungku ke dalam periuk tanah.
  6. Letakkan paste yang telah dibancuh tadi di atas batu tungku yang panas itu.
  7. Inilah rupa batu tangas untuk tangas kering yang telah siap.



Dan ini ada 3 cara bertangas yang boleh dipilih ikut kesesuaian anda:

Cara Bertangas A:
  1. Bahan: Mangkuk jamban (hehehe), surat khabar tebal.
  2. Masukkan dan ratakan surat khabar di dalam mangkuk jamban.
  3. Letakkan mangkuk betangasAmbil uncang cuci herbanika, toskan dan simpan di dalam freezer. Uncang ini boleh digunakan kembali sehingga hilang warna dan bau.
  4. Duduk dengan rapi di atas mangkuk jamban. Tapi pastikan ketika duduk, paha kita di bahagian dalam menguak dengan keadaan muka bawah yang terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.
  5. Wrap dari pinggang ke bawah dengan tuala besar
  6. Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit..
  7. Setelah selesai, bilas kewanitaan dengan barra gel dan buat rawatan meruang dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas B
  1. Bahan2nya: 1 baldi besar (yang muat-muat punggung kita). 1 bekas untuk tinggikan bekas tangas
  2. Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang sedikit tinggi.
  3. Duduk di atas baldi
  4. Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas C
  1. Bahan2nya: Kain batik (dipakai),1 bangku plastik yang berlubang di tengahnya, 1 baldi untuk dibuat pangkin
  2. Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastik di atas bekas tangas
  3. Duduk dengan keadaan kain batik diletak menutupi bangku plastik tadi selama 15-20 minit.
  4. Ambil gebar yang tebal dan besar dan balut badan.
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Mungkin kelihatan agak renyah dan leceh, tetapi dalam masa kita mandi sepanjang minggu, tidak ada langsungkah waktu 15 minit yang boleh kita buat sebelum mandi? Ini Ice dah siap bagi cara dalam bilik air sendiri ni. Tak payah nak travel gi SPA. Kiranya jualan rawatan bertangas Ice dari rumah ke rumah ni pun boleh terjejas, tapi Ice nak mudahkan kawan2 jaga diri kawan2 sendiri..Takpelah, Ice tak kisah... :)

Jangan muka je cantik ye kawan2.... jangan body je ada curvy murvy... tapi bila buka seluar kecik, baunya sungguh meloyakan. Atau bila beraksi, suami mengeluh, Mahupun kedekut masa 15 minit, tapi kena berhabis beribu-ribu RM untuk rawatan penyakit puan kelak.

Bukan Ice nak takut-takutkan kalian. Cara dah ada untuk menjaga kewanitaan kita. Kalau diamalkan dengan bersungguh dan penuh berdisplin, masalah puan insyallah tak perlu sampai ke meja pembedahan. NR ada cara. Boleh dirawat dari dalam, dan dari luar sangat disyorkan rawatan bertangas ini...

Bila dah mantap dalam, baru cantik luar teserlah...Ingat ye, bila muda kecantikan luar boleh dijaga, dibaiki, di topeng2 dengan komestik...bila dah menginjak umur ke alam tua, awak jagalah cantik luar tu macam mana pun, kalau dalam tak cantik, nampak jugak tuanya muka tu...

Sebab.....muka dalam kitalah yang mencerminkan muka luar kita.......

Sayang kalian ketad2.....Muahh....

Friday, October 21, 2011

Apa itu "Healing Crisis" atau "Proses Pemulihan" dengan NR?



PROSES PENYEMBUHAN SECARA SEMULAJADI DAN KEKAL OLEH NR

  • Badan kita membuang keracunan keluar dari sistem badan kita dan memberi peluang badan untuk menyembuhi dirinya sendiri.
  • Krisis pemulihan ini berlaku akibat dari peningkatan aktiviti sistem pembuangan semulajadi badan kita seperti paru-paru, buah pinggang, talian perut dan kulit.
  • Kesan tindakan ini sepatutnya tidaklah terlalu ketara bagi si pesakit, sehingga mengganggu keselesaan pesakit, tetapi ia harus dianggap sebagai petunjuk yang baik bahawa badan kita sedang berusaha dalam proses pemulihan
  • Kebiasaannya, kesan ini mungkin memakan masa di antara satu minggu sehingga sebulan.
  • Anda sangat-sangat digalakkan supaya JANGAN BERHENTI mengamalkan herba ini sekiranya menghadapi krisis ini, TETAPI TERUSKAN untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara Simptom Krisis Pemulihan

1. Sistem Pernafasan
  • Jika terdapat perkumpulan/kongesi di dalam sinus, pesakit akan menunjukkan gejala demam selsema.
  • Jika terdapat perkumpulan di dalam paru-paru, pesakit akan menunjukkan gejala batuk-batuk.
  • Cara yang tersebut di atas cara yang terbaik sistem badan kita mengeluarkan lendir yang terkumpul di dalam badan.
2. Buah Pinggang
  • Pesakit akan merasa perlu untuk buang air kecil lebih kerap, dan air kencing tersebut akan mempunyai warna dan bau yang lain dari biasa.
3. Perkumpulan Dalam Sistem Pemakanan
  • Pesakit akan merasa perlu membuang air besar dan kentut dengan kerap.
4. Kulit
  • Kejadian ruam kulit, jerawat, atau masalah kulit mungkin berlaku atau nampak bertambah teruk sebelum mula beransur sembuh.
Selalunya jerawat yang keluar semasa proses pemulihan adalah jerawat pasir. Tetapi jika timbulnya jerawat batu, bermaksud sistem dalaman anda sungguh bertoksik.
  • Tetapi kalau NR dah keluarkan, NR akan hilangkan juga gejala kulit ini. Jadi jangan sekali2 berhenti mengamalkan NR sehingga hilang segala kesan dari proses pemulihan.

5. Penyakit Arteritis
  • Kadangkala merasa lebih sakit dari biasa pada tempat-tempat yang terlibat selama 2-3 hari selepas rawatan. Keadaan sakit ini akan berkurangan selepas masa tersebut.
6. Sistem Pembuangan Air Besar
  • Kekerapan membuang air besar menunjukkan banyak bahan kumbahan yang perlu dibersihkan dari sistem badan.
7. Tempat Sulit
  • Keputihan yang berpanjangan atau secara tiba-tiba, kegatalan di tempat sulit, keluarnya lelehan cecair jernih yang tidak berbisa adalah salah satu simptom proses pemulihan ke atas tempat sulit yang mungkin bermasaalah bakteria atau fungus.
Keputihan
  • Dinasihatkan makan NR sehingga gejala-gejala ini hilang dengan sendiri.

8. Melalui Mulut
  • Terjadinya pembentukan ulser mulut atau lidah yang menunjukkan sistem dalaman badan kita banyak angin panas yang cuba disingkirkan dengan NR.

Keberkesanan pembersih dalaman NR dapat dilihat di antara 3-6 bulan pertama penggunaannya di mana pada jangkamasa inilah pemulihan sistem dalaman sedang berlaku bagi memulihkan penyakit yang telah dikeluarkan sebelum ini. Insya Allah.

Thursday, October 20, 2011

Kenapa makan set bersalin NR baby saya jadi kembung???




"salam..nk tny..klu mkn NR ni baby akn kembung ke?baby asyik kembung je..kesian tgknye.. "


Pertanyaan baru Ice terima malam tadi dan sebenarnya bukan Zara sahaja yang bertanya begitu. Ramai.... dan terbaik adalah dengan memberi penjelasan di dalam blog Ice ni.

Ok, NR tidak akan menyebabkan newborn anda kembung. Sebab kalau baby anda kembung, ibunya dahulu akan terkena kembung angin itu. Tetapi selalunya ibu yang mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika ni lawas membuang air besar dan senang buang angin.

Fenomena kembung pada new born adalah normal dan selalunya kembung yang kronik terjadi kerana:
1. Sistem penghadaman bayi tidak berapa lancar lagi
2. Sistem badan ibu ketika mengandung juga menjadi penyumbang utama kepada kembong angin dikalangan bayi baru lahir. Lebih-lebih lagi ibu yang ketika mengandung yang suka minum ais, makan buah-buahan yang menjalar atau sayuran menjalar yang kebanyakkan berangin sedikit sebanyak memberi impak pada kandungan.
3. Ibu-ibu di dalam pantang yang suka berkipas angin dan berair cond, atau memakan benda-benda berangin ketika berpantang, atau meminum air sejuk/ais ketika dalam pantang akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan ibu dan angin jahat ini akan disalurkan ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Jika newborn anda kembung-kembung dan tidak lawas membuang air besar, diharapkan ibu-ibu jangan terus berhenti dari mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika. Tetapi dalam masa yang sama, sila buat tuaman pada perut bayi dan juga sapu perut bayi dengan Minyak Berubat Herba NR.

Tuaman bayi boleh dibuat dengan menggoreng lada hitam yang dicampurkan dengan garam kasar dan bunjutkan lada hitam itu di dalam sapu tangan lalu menuam sekeliling perut, paha dan tapak kaki bayi setiap kali selepas mandi dan bila ada masa lapang.

Kemudian sapukan satu badan bayi dengan minyak berubat herba. Minyak ni boleh menggantikan minyak telon. Sapu dari hujung rambut bayi sehingga hujung kaki. Lebihkan dibahagian perut dan celah paha dan kemudian pakaikan bengkung bayi. Bayi pun kena selalu pakai stokin dan sarung tangan serta perlu sentiasa berbedung untuk elakkan angin memasuki badan bayi.

Satu cara lagi adalah meniarapkan bayi di atas tilam lembut dan tepuk lembut belakang bayi. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan kain atau menelangkup ke atas tilam (lihat gambar baby ice yang paling first. Itu Haidar masa dalam hari lagi Ice dah telangkupkan dia untuk buang angin dia and tuam dengan tungku jintan dia)

Ibu-ibu di dalam pantang juga perlu mengelakkan dari terdedah kepada kipas angin dan air cond kerana ini akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan dan angin jahat ini akan masuk ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Sebab itulah ibu dalam pantang ni tak boleh bersejuk-sejuk. Kena selalu dalam keadaan panas sentiasa. Dan cara rawatan NR untuk menghalang angin jahat masuk ke dalam tubuh ibu lalu menyebabkan kembung pada newborn adalah:

1. Setiap pagi dan petang selepas mandi herba, sapu Minyak Herbanika satu badan.
2. Pakai baju lengan panjang dan sentiasa berstokin
3. Pastikan ibu-ibu rajin berpeluh (maksudnya jgn la pergi tebeng tepi kipas atau aircond. bukan buat aktiviti fizikal sehingga berpeluh yer...)
4. Rajin-rajin berlulur dengan Herbanika Lulur NR kerana lulur NR ni akan seal atau tutup segala liang roma ibu dari dimasuki angin jahat. Panduan buat lulur---> klik sini
5. Makan Phyto Natal supaya senang buang air dan minum air Akar Herbanika pekat-pekat supaya senang ibu-ibu buang angin.


Ingin diingatkan sekali lagi, Set Bersalin NR ni baby friendly. Baby akan senang buang air dan buang angin kalau ibunya makan NR. Tapi kalau ibunya tak jaga pemakanan dan juga ketika mengandung dan berpantang dan juga tidak menjaga tertib berpantang, effect dia bukan hanya kepada si ibu, tapi akan tertempias pada newborn juga.

Oleh itu pesan Ice, tolong jangan berhenti mengambil herba NR dalam pantang. Sebab bila herba NR ni dapat merawat penyakit angin jahat dalam badan ibu, automatik newborn anda tidak akan mengalami kembung-kembung lagi.

Salam sayang buat semua