Wednesday, October 5, 2011

Jangan pandang enteng berpantang untuk keguguran.

Salam sayang dari Ice....

Memang setiap yang terjadi dimuka bumi ini telah direncanakan dengan sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T. Termasuklah dengan apa yang terjadi pada Ice baru-baru ini. Keguguran anak ke-3 merupakan satu tamparan perit buat Ice. Dimana silapnya. Apa puncanya. Segalanya seperti satu tanda soal yang benar-benar membebankan.














Tiba-tiba terdetik hati kerana anak yang keguguran ini anak ke tiga. Bagaimana pula dengan wanita yang keguguran anak pertama. Atau wanita yang mengalami gugur badai atau istilahnya gugur berulang.

Menyelusuri sejarah ingatan, teringat akan peristiwa kakak angkat Ice yang gugur 5 kali sebelum dia mendapat anak kembarnya sekarang. Betapa peritnya hati. Betapa pedihnya jiwa. Bukan mudah menerima kenyataan, harapan yang ditanam dari awal kelahiran...tidak menjadi...harapan itu hanya tinggal harapan.

Tetapi dalam kekalutan emosi, Ice terus mendapatkan khidmat nasihat dari Pusat Pertubatan NR di TTDI tentang penjagaan rapi untuk orang di dalam pantang keguguran dan feedback yang Ice terima sungguh MENAKUTKAN:

" Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."
Korang suka makan mangga muda kan...cuba kalau korang rentap mangga muda ni...best kan...? tapi cuba korang bayangkan yg korang rentap tu adalah janin yang keguguran dan yang tangkai dan pohon ituadalah rahim kita. Sakit tak?

Ketika sedang duduk di serambi rumah, Ice mendapat panggilan dari ummi. iaitu ibu angkat yang megamalkan ilmu perbidanan melayu di selatan tanah air. Beliau memberikan beberapa nasihat kepada Ice untuk berpantang

Dan jawapannya adalah:

1. Ibu keguguran tidak boleh bersejuk. Berkipas atau ber air-con adalah pantang yang besar. Sentiasa memastikan badan dalam keadaan panas.

2. Ibu keguguran tidak boleh terkena hujan hatta sepercik. Kerana air hujan ini bisa untuk ibu keguguran dan boleh meyebabkan bentan. Bentan urat dimana hujung lutut akan bertemu hujung dagu dan ibu akan menggigil kesejukan walaupun sudah diselimuti berpuluh selimut tebal.

3. Ibu keguguran dilarang bejimak dengan suami dalam tempoh tertentu. jika usia janin ada 3 bulan ke bawah, maka pantang suami HARUS 30 hari. Jika janin berusia 3 bulan ke atas, eloklah berpantang suami selama 44 hari.

4. Jika usia janin yang gugur melebihi 3 bulan, maka di haruskan ibu berpantang itu berpantang seakan-akan orang yang bersalin, malahan lebih tertib lagi. Tidak digalakkan kerap bergerak untuk mengelakkan tumpah darah dan pitam. Yang terbaik dilarang keluar dari rumah selama 44 hari berpantang.

5. Pantang makan untuk keguguran:
  • Makanan Berangin- Ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
  • Makan Sejuk serta Menjalar - Labu, Kangkung, Kacang Panjang, Timun
  • Buahan-buahan sejuk - Semua buah tempatan
  • Ikan berbisa: ikan berduri, terubuk, bawak hitam, sardin, pari
  • Dan segala makanan laut
So, hanya 5 benda ini dipesankan oleh ummi. Bila Ice tanya, kalau kita main-main time berpantang keguguran ni macam mana ummi? Beliau pun menjawab

Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:
  • Tua wajahnya sebelum usia
  • Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
  • Susah untuk mengandung lagi
  • Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser(untk tahap yang kronik)
  • Akan mudah gugur lagi
  • Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
  • Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangios. Sekejap marah.
  • Mudah letih
  • Badan senang lenguh2. -lutut, tumit,pinggang, ari-ari.
Bila dilihat pada kesan nya, Ice rasa adalah lebih baik jaga untuk 30 hari dari merana 30 tahun yang akan datang. Apa kata anda?

5 comments:

  1. ice macam ane cara makan yg betul masa berpantang???ada cakap buah belimbing bagus betul ??

    ReplyDelete
  2. Assalam ice, sy juga br lepas keguguran. kandungan dalam 4 bulan. lepas janin keluar, uri sy melekat dan saya disuruh untuk buat D&C. Alhamdulillah semua dah selesai. sekarang dah 2 minggu berlalu. Saya berpantang juga, tetapi biasa2 saje. Maklumlah, Mak dah tiada.. saudara mara semua di kg. Nk berpantang dikg, memikirkan anak2 yg bersekolah. So, seminggu je pantang betul2 jaga makan, gosok minyak dan sebagainye. Lepas tu dah balik Putrajaya and berpantang sorang2 ni almaklum la... sekarang saya amalkan gamat healin gamogen saje.. sambil syill makan obimin yg disarankan Dr. So, skrg ni nk pendapat ice la, ape saya perlu buat untuk elakkan perkara seperti yg di LIST kan di atas berlaku pd saya..??? tolongla ice, takut plak saya membacanye. UNtuk mklumat ice, lps raya cina ni saya dah start kerja semula. Harap ice dpt bantu saya.... :-)

    ReplyDelete
  3. Ice..
    Macam mana rawatannutk peranakan rendah ya?

    Peranakan rendah pon salah satu sebab punca sering berlaku miscarriage dan payah lekat betul?

    Mohon perkongsian dr Ice bagaimana nak berhadapan dhn masalah begini.

    Terima Kasih

    ReplyDelete