Friday, October 28, 2011

Rawatan dalam pantang.

Contoh Rawatan Bertungku

Salam,

Dapat satu enquiry dari pembaca blog setia Ice. Soalannya berbunyi begini.

" Akak, saya akan bersalin bulan 3 nanti. Saya tgh cari confinement lady. Tapi saya nak tau apa rawatan yang PERLU sahaja ketika dalm pantang. Bukan apa, masa berpantang banyak duit nak pakai. Tak mau la membazir dengan benda yang tak perlu."
Thanks kepada yang bertanya. Di sini ingin Ice menerangkan bahawa rawatan-rawatan di dalam pantang tu semuanya penting. Dari mengurut, bawak ke bertungku/bertuam, sehinggalah berlulur.

Tetapi rawatan adalah berbeza-beza dengan wanta yang bersalin secara normal dan secara pembedahan. Dan rawatan ini perlulah mengikut keadaan fizikal ibu. So maksudnya, lain orang lain caranya. So biar Ice terangkan satu-persatu rawatan yang PERLU untuk orang dalam pantang.

1. Urutan lepas bersalin (Confinement Massage)

  • Normal: Perlu dimulai pada hari ke-3 dan diulang 3 hari berturut2 untuk permulaan. Lepas tu diulang seminggu sekali sehingga hari ke-44.
  • Pembedahan: Dimulai pada hari ke-7 dan diulang 3 hari berturut-turut untuk permulaan. Lepas tu diulang seminggu sekali sehingga hari ke-44
  • Fungsi: Membantu melegakan tekanan urat dan
2. Bertungku
  • Normal & Pembedahan: Dimulakan seawal hari pertama. Yang terbaik time dalam hospital tu standby tungku air panas atau tungku elektrik. Buat selama 44 hari berturt-turut.
3. Mandi Herba
  • Selain mandi air panas, sebaiknya mandi air herba dari rebusan akar kayu. Perlu diingatkan mandi air herba ni tak boleh pagi-pagi sangat. Nak-nak kalau cuaca tgh hujan. Sebaiknya mandi masa matahari dah meninggi dalam pukul 10. Sebab ibu dalam pantang ni kalau boleh jangan bersejuk, Mandi pun tak boleh lama-lama ye. Siap berendam dalam bath tub lagi...Ewah2... Mandi 5 -10 minit je. Pastu lap-lap, pakai minyak panas satu badan, terus pakai baju. Tapi perlu diingatkan, bila nak basuh rambut, pakai air sejuk. Jangan sesekali basuh rambut dengan air panas. Nanti rambut senang gugur dan muka cepat berkedut.
4. Berbarut dan berlulur Contoh rawatan berbengkung
  • Yang tak tahu beza berbarut dab berlulur, sila klik sini. Rawatan ni penting untuk mantapkan kembali tekstur perut kita supaya tidak menggeleber. Bagi yang nak perut cantik, barut dan bengkung selam 100 hari. Kalau time siang nak pergi keja, pakai korset.
  • Untuk bersalin normal, start dari hari pertama. Untuk bersalin secara pembedahan, minggu pertama tu digalakkan pakai strap on. lepas seminggu pakai lah bengkung cuma pakai longgar-longgar dan sedikit demi sedikit, ikatan bengkung di[erkemaskan ikut keselesaan ibu.
5. Lulur
  • Sebaiknya dilakukan bagi ibu yang nak salin kulit jadi halus mulus dan cantik. Sebab ketika mengandung, pigmentasi kita naik satu badan, nak-nak bawah ketiak dan celah peha.Dan juga ada yng perut jadi hitam. So melulur ni bagus untuk kulit. Lagi bagus beli lulur yang membantu menutup liang roma kita dari dimasuki angin jahat seperti Herbanika Lulur NR. Cara pakai dia pun lain dari lulur yang lain. Lulur NR ni dipakai SELEPAS mandi dan dibiarkan seharian. Kita boleh rasa yang kulit kita sentiasa panas lepas pakai lulur ni.
So, kelima-lima rawatan inilah yang PERLU dibuat oleh ibu-ibu berpantang. Tapi kalau yang tak ada masa sebab kena jaga keperluan lain dirumah, jangan lepaskan 2 rawatn ini iaitu: Mengurut dan Bertubgku,

Sekian post untuk kali ini. Moga memberi manfaat ada pembaca semua... :)

2 comments:

  1. salam nk tanye, cmne nk atasi gatal kat alat sulit?xthn rasenye..mlm2 lg gatal..tp xde discharge yg kuar.harap dpt membantu..

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh buat rendaman air uncang cuci herbanika dan juga bertahgas kering.

    ReplyDelete