Tuesday, March 20, 2012

Ketumbuhan dalam rahim. Pembedah vs Herba.



ketikketokMar 9, 2012 01:22 AM
"Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik."

Salam,
Saranan di atas diperolehi dari ruang komen blogpost ice untuk tajuk

"Bertangas... Mantapkan "tiang seri", tajamkan "gigi" dan kembalikan "kegadisan""

Ice tertarik untuk mengupas dengan lebih lanjut saranan yang diberikan oleh ketikketok ini. Dan pandangan Ice ini bukan untuk menyangkal segala saranan beliau. Kerana Ice percaya, opinion is neither wrong nor right. :)
Yang pertama, kita perlu sedar dan tahu bahawa segala ketumbuhan dalaman terutama yang wujud dari rahim wanita berpunca dari sumber darah yang kotor. Semua sedia maklum, darah kotor di sini adalah sama ada dari darah individu yang tidak rajin didetox (dengan kaedah membuang air besar hari2), tau lebihan darah haid yang tidak habis keluar, mahupun darah nifas yang masih berbaki dalam rahim.

Adakah anda lawas?
Kedua, selain dari proses pembuangan air besar, kita juga perlu pastikan darah kotor wanita habis keluar. Disebabkan itulah disarankan agar wanita2 supaya rajin mengamalkan rawatan tangas yang sangat mudah. Caranya sudah tertulis DI SINI.

Berapa yakinkah anda darah bulanan dan nifas anda sudah habis dikeluarkan dari rahim anda?

Ketiga, melalui prosedur pembedahan semata-mata tidak banyak membantu menyelesaikan masalah ketumbuhan ini. Ini kerana, di dalam proses pembedahan, hanya "batang kayu", "daun" dan "ranting" sahaja yang dicantas. Tetapi "akar" nya masih ada. Jadi dengan proses pembedahan ini, ia hanya MENGURANGKAN masalah, bukan MENGHILANGKAN masalah. Ice tahu kerana Ibu Ice mengalami Endometrisis selama 10 tahun. Untuk baca kisah beliau, sila KLIK SINI. Selagi "akar" atau darah yang menjadi sumber makanan segala ketumbuhan ini tidak dirawat, dibersihkan dan dicuci, maka akan tumbuhlah lagi ketumbuhan2 ini. Namanya pun ketumbuhan kan.....

Untuk membunuh sebtang pokok, perlu dibuang akarnya, bukan hanya batangnya.
Keempat, selalunya dengan prosedur membuang ketumbuhan ini, doktor akan lakukan hanya beberapa kali sebelum memberi kata putus untuk BUANG RAHIM! Apa namanya wanita kalau tiada rahim?

Rahim. Kelebihan wanita daripada lelaki. Anugerah Allah yang tidak boleh kita sia-siakan. Jangan mengalah sebelum berjuang.
Jadi sebelum suka2 menadah diri pada pisau pembedahan, tak salah melakukan konsep rawatan secara tradisional. Amalkan makan herba yang membantu melawaskan pembuangan air besar seperti NR dan dari luaran, kita rajin buat tangas kering.
Jangan terlalu mudah menyerah diri di atas meja pembedahan. Dari tanah kita dijadikan, dari tanah juga Allah telah sediakan sumber ubat untuk tubuh badan kita.
Renung-renungkan.....