Sunday, July 14, 2013

Tidak disentuh ketika mengandung mengundang bahaya.

Selama Ice menjadi Confinement Lady, Ice banyak mendengar kisah kaum ibu yang mengandung, mengelakkan hubungan intim dengan suami sepanjang mengandung. Ada yang isteri itu sendiri yang menolak kerana alasan penat, takut dan kurang bernafsu, dan ada pula orang lelaki yang menolak atas alasan kuno seperti takut "tercucuk" bayi, takut dengan keadaan perut yang membukit atau isteri tidak seseksi dahulu.

Kedinginan seks ketika mengandung. Pasangan harus terbuka berbincang masalah ini dari menyimpannya dan menjadi sekam di dalam perkahwinan.

Bila ice attend kelas Gentle Birth AMANI, salah satu info yang sangat menarik minat Ice adalah dimana galakkan ibu dan ayah bercumbu sebelum dan ketika proses bersalin itu sendiri (boleh dilakukan ketika kontraksi sudah mula terasa bila di rumah atau di dalam wad tertutup di hospital. Tapi di Indonesia, penceramah tu cakap, selamba je suami-suami mereka menggentel puting ibu ditempat terbuka. lol )

Ini kerana melalui aktiviti berjimak ketika mengandung dan bercumbuan ketika ibu sedang sakit bersalin, ia membantu ibu-ibu mengandung menzahirkan sendiri hormon oxytocin, dimana hormon ini Allah jadikan sebagai bahan untuk melancarkan proses bersalin itu sendiri.


Mari Ice kupas dengan lebih lanjut, apa itu hormon oxytocin.

Apakah itu OXYTOCIN?
- Lebih dikenali sebagai "Hormon Cinta' kerana ia wujud ketika kita berjimak, membantu kesuburan, kontraksi ketika bersalin dan ketika pengeluaran susu ibu. Hormon ini membuatkan ibu merasa selesa dan membangkitkan perasaan dan sikap keibuan seorang wanita.
Menyusukan bayi merembeskan hormon oxytocin yang tinggi.

- Oxytocin memberikan rangsangan kontraksi yang sungguh kuat dimana membantu menipis dan membuka ruang servik ibu, membantu menggerakkan bayi ke bawah dan keluar dari saluran peranakan, membantu mengeluarkan uri dan mengelakkan tumpah darah selepas uri dikeluarkan.

Kekurangan OXYTOCIN boleh menyebabkan:
  • kontraksi semakin perlahan dan berhenti, dan memanjangkan tempoh bersalin.
  • menyebabkan pendarahan berlebihan selepas pengeluaran uri
  • kemungkinan memerlukan campurtangan dalam proses kehamilan alami (seperti induce/forceps/ vacuum/ c-sect)
    Prosedur forcep dan vacuum

Cara-cara untuk menghasilkan OXYTOCIN secara semulajadi tanpa bantuan hormon tiruan. (dilakukan ketika tahap pertama kehamilan, dimana kontraksi sedang berlaku)
  • Sentiasa berada di dalam keadaan tenang, selesa dan yakin.
  • Jauhi gangguan seperti orang yang anda tidak suka, atau gangguan bunyi atau prosedur bersalin yang sangat-sangat anda tidak selesa
  • sentiasa berada di dalam keadaan tegak (berbaring sangat-sangat mengganggu proses bersalin secara alami) kerana dalam posisi ini dan dengan bantuan tarikan graviti, bayi mudah keluar.
Pasangan sentiasa memastikan ibu dalam postur yang betul dan dalam keadaan yang tenang dan terkawal, dan yang lebih penting dalam keadaan yang membuatkan ibu itu selesa.
  • Rangsang atau stumulasikan bahagian puting atau bahagian klitoris sebelum bersalin, dan terus menyusukan bayi sejurus selepas melahirkan bayi anda.
  • Elakkan epidural analgesia kerana ia memperlahan atau membantutkan pengeluaran oxytocin ibu ketika bersalin (Dr Sarah J. Buckley MD 2005)
Jika kita kekurangan hormon ini ketika bersalin, selalunya pakar perubatan akan memberikan kita hormon tiruan yang dipanggil pitocin. Bezanya penggunaan pitocin dengan hormon semulajadi oxytocin ialah: hormon oxytocin menggalakkan kontraksi dalam irama mula-berhenti-mula-berhenti dimana rahim tidak terlalu dikerah bekerja dan ada waktu rehat untuk rahim selepas kontraksi.
Pitosin dimasukkan melalui salur IV

Manakala, dengan hormon pitosin, walaupun dengan dos yang kecil, drip yang dimasukkan melalui salur IV masih berterusan, maka kesakitan itu kadaag-kadang dirasa agak keterlaluan bagi ibu yang sedang bersalin kerana ianya merupakan sakit yang berterusan. Dan kandungan pitosin jika diberi terlalu banyak, boleh menyebabkan tekanan pada bayi dan seterusnya berkemungkinan ibu menjalani pembedahan.
Bersalin tetap sakit. Namun kesakitan secara semulajadi lebih mudah ditanggung. Allah tidak akan memberikan kesakitan yang tidak mampu ibu hadapi ketika bersalin. Itu janji-Nya.

Oleh itu, jangan jadikan alasan mengandung untuk kaum ibu mengelak dari disentuh. Mengandung tidak memberikan anda diskaun dari melayan suami. Ingatlah...

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinyaitu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi"

Dan kepada suami pula, tanggungjawab anda tidak berhenti setakat menanam benih di dalam rahim isteri. Gauilah mereka, kerana melalui perbuatan anda itu, sedikit sebanyak membantu sang isteri menghadapi proses bersalin yang lebih senang. Sentiasa berada bersama isteri ketika mereka bersalin dan belailah mereka agar mereka mudah merasa tenang dan akhirnya memudahkan mereka melahirkan zuriat kalian
.
Jannah syurga idaman pasangan muslim. Senang dibaca dan dieja. Tetapi memerlukan keringat darah dan kesakitan untuk menggapainya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang layak membuka pintunya di "sana". Bersepakatlah wahai pasangan muslim.


Indah bukan ciptaan Allah? 
Subhanallah....

Friday, July 12, 2013

Apa relevannya laksa jadi pantang besar buat ibu lepas bersalin?


Kenapa LAKSA sejuk?

Ok. ice nak kupaskan kenapa laksa ni sejuk. Apa yg buatkan dia sejuk. Dimana sejuk dia.
Selain laksa, bihun juga adalah tergolong dalam kategori keluarga yang sama.


Cuba kita kupas cara pembuatan laksa dan bihun ni.


Kedua2nya diperbuat dari beras. Beras still ok.

Lepas tu kedua2nya dimasak dan dilenyek dan di bentuk jadi laksa dan bihun. So still ok.

And then...laksa adn bihun ni dibiarkan kering. Ok lagi.

Lepas tu laksa dan bihun ni dimasak/direbus/direndam dalam kuah laksa atau sup atau digoreng jadi bihun goreng....Haa....part ni yg xok.


Kenapa? Sebab laksa dan bihun ni dah jadi seperti "nasi sejuk" Dimasak 2 kali. So kandungan angin ketika masak kali kedua sungguh TINGGI. X caya...korang cuba makan nasi sejuk yang dipanaskan banyak kali masa pantang. Mau bentan time2 tu jugak.

Dimasak 2 kali, ia memerangkap angin.

Ada juga yg kata kerana daun kantan yg terdapat dalam kuah laksa. Atau jenis ikan yang digunakan untuk membuat laksa. Apapun alasannya...perlukah kita pertikaikan perkara yang sudah menjadi larangan sejak berzaman. Dan bukankah larangan ini terjadi kerana ada wanita di zaman dahulu yang dah melanggar pantang ini.

Bunga kantan bersifat panas

Lalu mengapa kita perlu pertikaikan lagi?

So... Berpantang biarlah berlebih...Jangan berkurang. Badan yang masuk angin ni...lama2 akan sakit2 badan. Dan sakit badan asyik nak marah2. Asyik nak marah2, anak nagis lebih sikit kena tengking. Anak dah kena tengking, suami tegur. Suami dah tegur, kita lak sakit hati...bla...bla..bla...(panjang woo jalan cerita). So better jaga lebih ye dik non......

Thursday, July 11, 2013

Bentan...Boleh berpanjangan.

Pernahkah anda cepat merasa seram sejuk selepas habis tempoh berpantang? Masuk je dalam pusat beli belah, bulu tangan dah berdiri sebab kesejukan. 


Di pelipat lengan dan peha seakan dicucuk-cucuk. Pergelangan tangan dan kaki tiba-tiba lenguh. Kesakitan ataupun ketidak selesaan ini menyebabkan anda terpaksa berlari keluar dari tempat yang sejuk....sehingga ada yang tidak mampu menahan sejuknya penghawa dingin di kenderaan sendiri.


Sakit menyucuk diseluruh sendi apabila terdeah pada cuaca sejuk yang tak tertanggung oleh individu.
Ataupun, meskipun selepas beberapa bulan bersalin, kesakitan di ari-ari terasa makin menyucuk sehingga mengganggu pergerakan. Setiap kali selepas disengkak bidan....lega sungguh rasanya. Tetapi tak lama selepas itu, rasa berat kembali di ari-ari, dengan sakit belakang yang tidak tertanggung.
Sakit pinggang boleh juga disebabkan oleh kesilapan ketika prosedur Epidural, tetapi bagi yang tidak berjaga lebih ketika pantang, sakit pinggang mudah terasa apabila hamil semula.

Ada juga yang mudah benar terkena demam meskipun dahulu ketika anak dara, setakat mandi hujan ala-ala hindustan dengan pasangan, masih sihat walafiat. Tak kurang juga sakit migrain yang tiba-tiba menyerang, sehingga selalu mengambil cuti sakit.
Antibodi wanita mudah lemah jika tidak dijaga dengan betul ketika berpantang.

Perhatikan diri anda sebelum dan selepas bersalin.

Adakah keadaan anda selepas bersalin lebih elok atau makin teruk?

Dimana silapnya?

Bentan....boleh berpanjangan. Sama seperti meroyan dimana Ice pernah mengurut seorang makcik yang bergantung kepada ubat sakit jiwa selama 20tahun selepas melahirkan anak bongsu beliau. Bentan bukan terjadi serta-merta. Ini bergantung kepada tahap ketahanan badan wanita itu sendiri. LAin orang...lain akibatnya..

Rasa sakit yang menyucuk2 itu boleh diklasifikasikan seperti sakit radang sendi atau Arthiritis akibat ibu yang rajin bermain air dan bersejuk ketika dalam pantang.  Sakit di ari-ari kemungkinan rahim yang sentiasa jatuh disebabkan ketika berpantang rajin sungguh mengangkat benda-benda berat, atau terlalu lasak, atau yang paling selalu dibuat...mendukung anak yg besar. Bab demam itu berkemungkinan sakit urat. Urat yang tenat ketika bersalin, di gunakan secara extreme pula ketika pantang. Atau migrain yang menyerang disebabkan menggunakan otat mata terlalu banyak ketika pantang. Online FB, berblog, membaca novel (ingat cuti2 malaysia agaknya), tak pun menonton drama korea bersiri-siri.
Rheumatoid Arthiritis

Saya tak katakan semua orang yang benar-benar berpantang akan benar-benar sihat...kerana kesakitan selepas bersalin boleh dipengaruhi oleh banyak perkara...tetapi orang yang berlebih pantang, insyalah akan menjadi wanita yang lebih sihat dan ceria dari wanita yang tidak menjaga diri ketika berpantang

Tetapi yang pasti...
Hanya jauhari mengenal manikam...
Hanya yang dah terkena boleh mengangguk benar....












Homework mencari Mak Bidan atau Confinement Lady




Jika ingin memilih mak bidan atau confinement lady (CL) ketika dalam pantang, pastikan anda berbincang dengan ahli keluarga anda (ibu, nenek, suami, kakak atau sesiapa shj yang akan menjaga anda ketika pantang) terlebih dahulu. Pastikan mereka bersetuju dengan individu yang dipilih.

Ini kerana...sekali anda sudah menyerahkan badan anda kepada mak bidan/CL ini, adalah tidak wajar jika anda tidak mengikut segala peraturan dan kata-kata mereka. Ini kerana mak bidan/CL ini ada cara tersendiri untuk merawat anda ketika dalam pantang. Campur tangan dari pihak ketiga akan merumitkan keadaan.

In Laws vs Out laws?

Jika ketika dalam proses rawatan, terlalu banyak campur tangan...siapa yang benar2 akan mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda? Contohnya seperti bentan, tumpah darah, pitam, etc.

Ini kerana, selain merawat...kami juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan anda selama anda di dalam jagaan kami.

Maka, anda sebagai pelanggan perlu bijak dan cerdik dalam memilih mak bidan/CL anda. Kenali mereka. Ambil tahu kelebihan mereka dari kenalan. Jika ada sebarang kemusykilan, jangan tunggu selepas bersalin baru bertanya. Bertanya pelbagai soalan untuk menilai sejauh mana mak bidan/CL tersebut tahu apa yang dia lakukan. Kerana lain mak bidan/CL lain kepakaran mereka. Pastikan anda benar2 selesa dan yakin, barulah membuat keputusan.Kerana itu hak anda.

Wahai ibu2... menurut biarlah berakal.
Bak kata ibu Ice... dah jadi ibu kenalah cerdik. jangn maaaanjang tak tahu.

 



Wednesday, July 10, 2013

Berkipas...Beraircond... Bantutkan pengeluaran susu?


Opss...terover suda.....hehehe
Salah satu sebab mengapa susu susah keluar ketika pantang adalah kerana lifestyle ibu berpantang yang suka ber"sejuk". Jika kipas dipusing No.3 atau ditala kemuka ibu, mahupun ber air cond 24 jam...ia menganggu gugat kesihatan urat. Urat akan menjadi "kecut" dan susu ibu yang mengalir melalui urat akan mengalami kesukaran untuk keluar. Tak percaya? Cuba berpanas.

Sebab pesan uwan Ice... Air susu yang keluar ikut banyaknya peluh kita yang menitik masa pantang.

Sebab itu ibu-ibu digalakkan BERPELUH. Berpeluh juga membantu anda cepat kurus dan sihat.

Dan bila orang tanya kalau Ice panas dalam pantang Ice buat apa?
Ibu just bagi kipas tangan hokey....
Tgk makcik ni....sihat je tangan dia berkipas tangan...Happy sungguh dia.... :p

Tapi tgk juga keadaan sekeliling. Ada customer Ice tinggal dikawasan kondo 20 tingkat. So udara di atas sana sangat2 tercemar. Nak tak nak kena pakai air cond. Atau masalah jerebu yang baru0baru ini melanda negara kita.... Adalah berbahaya biarkan ibu terperap dalam bilik tanpa peredaran udara yang sihat.

Jerebu atau pencemaran udara memerlukan kita mendapat perudaraan yg sihat di dalam rumah
Berkipas dan ber air-con tak salah...tetapi janganlah sampai terlalu kuat. Tetapi bagi Ice....lebih elok berkipas dari ber air cond. ;)