Thursday, February 27, 2014

Urutan Melayu....pantang hilang di dunia...tak akan lapuk dek zaman.



25hb Februari 2014, telah melakar satu sejarah baru di dalam bidang profesion urutan melayu apabila para pengamal urutan Melayu telah diiktiraf secara terbuka dan gilang gemilang di dalam adat istiadat Konvokesyen MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AMALAN PROFESIONAL URUTAN MELAYU MamaCare bawah naungan bersama LPPKN, EDUSKILL, GAPERA, HAMA dan NBOS yg dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Meskipun Ice dan hubby sebenarnya lebih dibawah program Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia atau HAMA, kami turut berbangga untuk mampu menghadirkan diri ke majlis ini atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tidak sia-sia rasanya belajar di bawah naungan Eduskill apabila masa depan kami, para pengamal urutan Melayu, turut diperjuangkan oleh Eduskill itu sendiri.

Semoga pengamal urutan Melayu akan mampu berdiri setanding dengan para pengamal perubatan tradisional yang lain dan semoga urutan melayu akan kembali menyinar dipersada perubatan tradisional di Malaysia.