Saturday, March 1, 2014

Tombong; Mitos yang terzahir.



Zaman dahulu, tombong hanya meniti dari bibir-bibir ibu tua, yang digunakan untuk menakut-nakutkan anak2 gadis atau ibu-ibu muda di dalam pantang.

Masa pertama kali ice dengar pasal tombong pun ketika dimarah arwah moyang kerna panjat pokok rambutan dihalaman rumahnya di Serting, Negeri Sembilan.

"Jangan panjat pokok tinggi-tinggi. Jatuh kang, keluar tombong."

Dari fikiran anak gadis 14 tahun, "Celah mana pulak tombong kelapa nak keluar bawah pokok rambutan ni." Ice hanya tersengih dan menggeleng kepala.mendengar momokan arwah onyang.

Setelah menginjak dewasa, menjadi isteri dan ibu, dan berkecimpung secara serius di dalam bidang Rawatan Penjagaan Pantang, kes pertama diterima mengurut seorang wanita berusia. Ketika mengurut dicelah paha, terpegang sesuatu yang terjolol terkeluar dari celah seluar dalamnya. 

"Eh, apa benda ni?"
Detik hati. Dalam diam menyelak dan terpempan. Masyallah.....tombong. 

Perlahan2 menegur makcik tersebut. Makcik itu hanya mengangguk dan beritahu dia sudah lama keluar tombong. Dalam 12 tahun lamanya. Dia beritahu, akibat mengangkat tong gas ketika berpantang demi jualan mee kari di kedai makan, dia terpaksa akur dengan harga yang perlu dibayar dihari tua. tombong sebesar tapak tangan menjadi saksi.

Ada relevan mengapa anak gadis dilarang mengangkat benda-bend berat.

Lama kemudian, sekali lagi Ice dihuni dengan panggilan telefon seorang wanita beranak dua. Prolapse 2nd degree kerana slip disc. Pernah jatuh menyebabkan disc yang sepatutnya memegang otot rahim menjadi lemah dan akhirnya faraj mengelongsor.

Tahun lepas, 5 kes prolapse Ice attend. Kesemua wanita-wanita ini masih muda. Awal 30-an dan 40-an. Kesemua ada cerita tersendiri. Dan kebanyakkannya, kurangnya penjagaaan diri ketika berpantang. Berpantang ala-ala orang sihat. Anak dalam hari sudah diarak kehulu-hilir. Ada yang sudah memandu pada minggu kedua berpantang. Tak kurang yang mandikan bayi bary lahir dalam keadaan mencangkung. Rata2nya masalah selepas berpantang. Dan rata-rata mereka BANGGA apabila dipanggil ibu moden yang TIDAK BERPANTANG.
Ibu berpantang perlu mengelakkan dari duduk mencangkung

Lalu persoalan yang berbangkit sekarang...
Dimanakah silapnya?

Dimanakah silapnya sehingga tombong yang kebanyakkannya dialami oleh wanita berusia senja, sudah terzahir pada wanita berusia muda?

Apa guna wajah dan badan cantik lagi mantap, tetapi tidak mampu berfungsi sebagai pemuas nikmat suami?

Mengapa dibiarkan faraj yang berharga, dilelong sesuka hati atas nama pemodenan?

Mungkin ada yang tertawa sinis dengan pendapat bidan urut muda seperti saya. Tetapi saya yang menyaksikan sendiri trend tombong dikalangan wanita muda ini hanya boleh berkata; anda belum nampak dan terkena, jangan semberono memijak martabat aturan berpantang.

Bagi saya, tidak salah berpantang lebih...asalkan selamat jiwa dan jasad.


Tombong atau Prolapsed Uterus

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ice, terima kasih kerana berkongsi. Saya merupakan seorang ibu yang memiliki sepasang cahaya mata. Secara jujur saya tidak pernah mendapat penjagaan berpantang yang serius dan sempurna. Tidak pernah berurut sepanjang berpantang. Bukan ketana tidak ambil peduli cuma tidak menyedari betapa serius masalah yang bakal dihadapi kelak. Mungkin juga kekangna dari segi kewangan.

    Saya ingin bertanya adakah masih ada ruang dan peluang untuk saya memperbaiki dan memulihkan kesihatan tubuh badan terutama sekali bahadian peranakan? Terima kasih Ice..

    ReplyDelete
  2. jadi, kalau dah keluar tombong tu, boleh ke elok balik? ke dah x boleh buat apa?

    ReplyDelete
  3. Betul..tp rata2 masih anggap benda ni x penting..bahagian inilah plg penting skali dlm alam perkhwinan..mmg perlu dijaga dgn rapi..muka x cntik xpe..asalkn bawah bersih, xde bau, cantik je..

    ReplyDelete