Wednesday, February 10, 2016

Jenis masakan yang boleh dan tidak boleh ketika dalam pantang.

Amalan pemakanan melayu sangat-sangat teliti demi menjaga kesihatan ibu selepas bersalin secara optimum. Selain menitikberatkan jenis2 ikan, sayur, buah dan daging yang dibolehkan, penyediaan masakan lauk pantang juga dititikberatkan.

Sebagai conoth; ibu2 bersalin tidak digalakkan memakan makanan yang berair dan berminyak. Contohnya, bubur. Ketika saya menjaga ibu-ibu cina di dalam pantang, mereka juga mengelak dari memakan bubur oleh Pui Yit mereka. Mereka dihidangkan dengan nasi lembik untuk memudahkan proses pembuangan air besar.

Bubur Nasi tidak digalakkan ketika berpantang.


Makanan berminyak pula menjadi pantang larang bagi bidan-bidan lama kerana dikhuatiri mampu menyebabkan rahim mudah "menggelongsor" turun dan menyebabkan tombong untuk jangka masa panjang. Selain itu, pemakanan berminyak juga mampu menyumbang kepada kadar kolestrol yang tinggi.

Cara masakan yang digalakkan buat ibu berpantang ialah bakar, stim dan rebus. Dan masaan stim adalah yang paling sihat kerana:

  • Tidak berminayk / tidak berkolestrol
  •  Mengelakkan hangus
  • Mudah dimasak lauk dan sayur sekaligus
  • Tidak menghilangkan khasiat lauk/sayur
  • Komponen glucosinolates yang terdapat di dalam sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan kubis yang membantu melawan kanser terpelihara 
Makanan berStim

Cara masakan stim yang betul untuk makanan pantang
  1. Gunakan air yang sedikit pada dasar steamer. 2 cm sudah mencukupi
  2. Sentiasa tutup periuk steamer ketika memasak
  3. Letakkan lauk (ikan) bersama-sama sayur bersama2 di dalam steamer.
Tetapi ada satu resepi yang sangat2 berkhasiat di mana air rebusannya boleh dibuat minum untuk menguatkan imun sistem ibu di dalam pantang, iaitu Chicken Broth atau Pati Ayam.

Air renehan dari chicken broth ni selalu ibu saya hidangkan untuk amalan ketika berpantang.

Resepi Chicken Broth

- Ayam kampung (bahagian betulang)
- Rempah 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih +  biji kedaung)
- 1 labu bawang Holland dihiris kasar
- 1 labu bawang putih
- 1 sudu besar habatus sauda (lagi banyak lagi bagus tapi takut maung)
- serbuk ketumbar + jintan manis = jintan putih (1 sudu kecil)
- karot +  batang celery + kentang

Campur semua. Renih dgn api kecil selama 10 jam. Kalau pakai pressure cooker 5 jam.

Chicken Broth


Dalam erti kata lain, pemakanan ibu di dalam pantang adalah pemakanan 100% sihat dan berkhasiat.




Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Mana- mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan undang-undang. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.




Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184



No comments:

Post a Comment