Friday, October 27, 2017

Bila Amalan Manjakani Sesuai Digunakan? Bukan hari-hari. Tetapi..........

Sejak 2 menjak ni Kak Ice dok sebut pasal ubat rapat kan. Siapa yang tertinggal ketapi tu, boleh lah baca info perihal ubat rapat di link-link di bawah


Tak salah ubat rapat....sebab ubat rapat ni juga diperlukan dalam hidup seorang wanita selepas berkahwin. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang nak menghadapi masalah Pre Monapous. Selalunya merekalah golongan yang paling layak menggunakan ubat rapat dan herba hormon untuk imbangui kembali hormon dan fungsi seksualiti mereka.

Beza kenajalan kawasan sulit wanita sebelum & selepas monapous


Fenomena sekarang menyaksikan penggunaan ubat rapat di Malaysia ini hanya utk seksual semata2. Sebab tu amalan dia sangat2 extreme. Sampai hari2.

Sedangkan jika melihat cara bidan lama, amalan ubat rapat ini lebih untuk kesihatan.
Bagaimana?

1st: Mengering, mengecut dan merapat rahim selepas haid.
- amalan hari ke 7 haid. Wanita berkahwin perlu amalkan 7 hari berturut2.

2nd : Mengering, mengecut dan merapat rahim selepas bersalin.
- amalan hari ke 30 berpantang. Amalkan 14 hari berturut2.

Size rahim sebelum dan ketika haid


Mengapa amalan ubat rapat hanya pada hari2 tersebut sahaja?

1. Ketika ini darah kotor adalah dipenghujung2 bilangannya. Ada dah bewarna staining brown. So amalan ubat rapat digunakan utk mengeringkan darah kotor ini sehingga habis dari rahim.

2. Mengecutkan rahim. Jika tak amalkan ubat rapat dalam tempoh ini, maka berlakulah darah istihadah. Herba2 rapat membantu utk melengkapkan proses kuncupan maka rahim akan kembali kepada bentuk buah pear balik.

3. Merapat saluran faraj. Ni khas utk yg dh bersalin. Keluar anak besar 4kg. So saluran2 ini sudah longgar maka saat inilah ubat rapat berfungsi utk memantapkan kembali saluran faraj. Bukan utk seksual semata2. Utk elakkan kencing tak tus, dan tombong.

Dan Kak Ice nak ingatkan....anak dara jangan sesekali makan ubat2 rapat ni.

Utk anak dara kita tak pakai manjakani, akar serapat, temunkunci....tapi kita pakai kunyit utk kerapian selepaa haid.

So kak ice nak kongsi cara amalan yang betul yang blh gunakan herba lain ganti manjakani.

Kunyit pengganti manjakani


1. RAMUAN RAPAT

Resepinya:
Kunyit sebesar ibu jari tumbuk halus
1 sudu teh asam jawa
1 gelas air
Cara penyediaan.
Perah kunyit sehingga ruas ke-2 jari manis atau suku gelas. Campur asam jawa.
Minum dgn madu lebah.

Khasiat:
Mengecutkan rahim tanpa mengganggu pengecutan saluran faraj. Membersihkan darah. Kunyit bagus sbg anti radang merawat pembengkakan dan luka dibahagian saluran sulit selepas bersalin dan luka pembedahan czer

Note:
- Diamalkan pada 1st 3 days after delivery. 3 hari pertama selepas bersalin.
- Diamalkan pada hari ke 6 - 12 haid bagi wanita sudah berkahwin.
- Diamalkan pada hari ke 6 - 8 haid bagi anak gadis



Bila amalan manjakani boleh dimulakan?

Pada hari ke 30 selepas bersalin. Selama 14 hari berturut2. Tetapi amalan manjakani tidak boleh digunakan secara bersendirian dan berterusan kerana kesan sampinga boleh memudaratkan (saluran faraj terlalu sempi, kekeringan dan cepat putus haid).

Inilah amalan wanita2 melayu di Malaysia zaman sekarang. Hanya minum air rebusan manjakani dengan kunyit semata2. Tanpa mengetahui amalan itu memudaratkan diri mereka utk jangka masa panjang.

Oleh itu bidan2 lama selalunya akan campur manjakani dengan herba2 lain yang bersifat neutral agar menjadi agen membuang panas jamu rapat yang bersifat panas.. Dan dalam masa yg sama membantu memberi lebih khasiat kepada ibu

Contohnya...manjakani semata2 boleh mengeringkan susu ibu. Campuran manjakani dengan kacip fatimah, halba, jintan hitam membantu menambahkan susu ibu(halba), imbangi hormon penyusuan ibu(kacip fatimah) dan mencuci darah ibu(jintan hitam)


MANJAKANI SEBAGAI AIR CEBOK UTK KOYAKKAN DALAM FARAJ DAN LUKA EPISIOTOMI



Gantikan dengan air rebusan SIREH & INAI sebagai bahan antiseptik tanpa merapatkan saluran faraj.

Lakukan sebanyak 3 hari. Pada minggu pertama selepas bersalin.

Resepi
Daun Sireh 7 helai
Daun inai segenggam
Asam keping 3 keping
Garam jantan secupak (tapak tangan)
Jintan hitam
Air 1 litre.
Cara penyediaan
Rebus semua. Tuang dalam besen. Tambah air paip biasa. Rendam sehingga tenggelam ke pinggang.
Ibu yang czer. Air jgn sampai terkena tempat czer. Cukup sekadar menutupi bontot dan faraj.

Khasiat
Membantu menyembuhkesan koyakan dalam faraj dan luka episiotomi.
Antiseptik utk faraj (darah banyakkan masa few days after birth). So nak elakkam jangkitan kuman pada bahagian faraj. So ibu czer pun kena buat.



MANJAKANI SEBAGAI ALAT SAPUAN PADA LUKA

Luka koyakan selepas bersalin byukan sahaj di kawasan luar faraj. tetapi ia berlaku dari pangkal servik sehingga sepanjang saluran faraj

Hanya rawatan sapuan ini shj kita blh gunakan manjakani.

Campurkan serbuk manjakani dengan minyak berubat/minyak zaitun atau minyak kelapa. Sapu pada bahagian episiotomi sahaja. Bkn dimasukkan di dalam faraj ya.

So jangan ingat manjakani sahaja yang blh rawat rahim dan luka. Masih banyak herba Melayu yang wujud utk membantu mengecutkan rahim dan merawat luka tanpa perlu merapat dan menutup saluran faraj sehingga mengakibatkan darah nifas terhebti dan terperangkap dalam rahim.

Info: Buku Adab Dalam Pantang Bersalin (Sh. ANISAH barakbah)
Sh. Nadiah barakbah.
Amalan sendiri ketika 3 kali berpantang czer


Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.



Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Friday, October 20, 2017

Ubat Rapat. Salah cara, penyebab kanser.

Ok, ni sambungan ke 3 untuk ilmu berkaitan ubat rapat seperti Manjakani,Kacip Fatimah, Akar Serapat,Temu Kunci dll

Sila rujuk post:

Ubat rapat penyebab MEROYAN pada ibu dan JAUNDIS pada bayi

Manjakani penyebab MEROYAN


So ni kira sambungan part 3 prihal UBAT RAPAT

Kak Ice ada terima 1 PM dari seorang rakan FB. Perihal kawannya yg amalkan manjakani HARI2 sehingga melecet farajnya.


PM dari salah seorang rakan FB


Kekeringan.
Luka.
Bernanah.

Manjakani ni kena betul cara penggunaannya. Kerana jika silap boleh membawa mudharat. Utk kes sebegini yg kami khuatiri adalah jika luka itu boleh sampai kepada hakisan mulut rahim atau cervical erosion.

Dan bila keradangan ini tidak terkawal, jangkitan semakin teruk...akhirnya mudahlah si pengamal mendapat kanser pangkal rahim.


Inilah rajah mulut rahim yang terhakis.

Pengamal manjakani yang extreme akan mendapat saluran faraj yang sempit dan ketat. Tetapi kering. Kekeringan ini akan menyebabkan geseran sehingga luka apabila bersama suami.




Kelembapan semulajadi dari proses seksual tidak mampu membantu melegakan kekeringan ini. Silap2 pengamal manjakani menjadi kering tanpa keluarnya air wanita mereka ketika bersama.

Amalan manjakani ada dosejnya. Ada masanya. Bukan hari2.




Wahai isteri2.
Jika saluran kamu rapat, terjaminkah bahagia hubungan suami isteri kamu jika terpaksa bersakit ketika bersama.




Sepatutnya kamu fikirkan bagaimana nak bersihkan rahim dan saluran faraj. Bukan rapat semata2.
Apa guna faraj yang rapat dan ketat. Jika bau faraj kamu hanyir. 
Jika setiap hari lelehan air dan keputihan sentiasa keluar dari lorong faraj kamu.




Jangan fikirkan rapat semata2.
Tiada lelaki yang teruja dengan saluran sempit yang berbau bangkai.
Ataupun saluran sempit yang perit.




Fikirkan rahim yang sihat.
Rahim yang sihat akan semulajadi menjadikan saluran faraj kamu rapat tanpa ubat ketat.




Btw....ubat ketat ni orang dulu2 pakai masa dah nak monapous je. 
Even, mereka malu nak canang kalau muda-muda pakai ubat rapat.
Sebab kaum keluarga akan tahu bahawa lobang mereka dah jadi lobang jamban even anak baru seorang.



Sedangkan mak-mak dulu kala, anak berderet 10, tak guna pun ubat rapat sebab kawasan sulit mereka masih rapi.
Kita yang dok bangga tunjuk kat FB kita ni pengamal ubat rapat tegar.


"Wey...hg tau dak anak si Senah tu, baru beranak sorang dah makan ubat rapat..."
"Laa....... awat jadi lagu tu...takkan baru nanak sorang dah jadi lubang jamban!!"

Tak baik tau makcik2 mengata.

Tak sungguh tak kata aih....
Sapa suruh dok canang kat FB dok makan jamu rapat.

Budak2 la ni.....dah barai pun nak habaq kat oranggggg.....


Kadang2 kalau wanita tu pandai jaga, tak perlu pun ubat rapat ni kalau dah takde cacat celanya.

Get your priority straight please, ladies.....




Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.

Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Saturday, October 14, 2017

Ubat rapat penyebab MEROYAN pada ibu dan JAUNDIS pada bayi.

Ini kupasan kedua perihal bahana mengamalkan ubat rapat ketika dalam pantang..

Untuk baca kupasan yang pertama, sila baca Manjakani Penyebab Meroyan



Manjakani, Temu Kunci, Kacip Fatimah, Temu giring, Akar serapat
👆Ini adalah contoh2 herba bersifat PANAS.

Kamu amalkan apa2 ubat postnatal yang mempunyai kandungan di atas, kamu akan mengakibatkan anak turut JAUNDIS!

Apa hubungkaitnya?
Jamu bersifat panas mengakibatkan ibu SEMBELIT.

Ubat rapat penyebab sembelit dan juga buasir ketika dalam pantang.

Bayi yang menyusu dari ibu yang ibu yang amalkan herba2 panas turut sembelit. Lalu menyukarkan proses penyingkiran birubilin melalui najis bayi.


Ibu yang amalkan jamu bersifat panas mengeringkan susu ibu.

Lalu bayi yang kurang dapat susu dari ibu akan sukar menyingkirkan birubilin dari najis.



Selalu yang kak Ice tengok....bila ibu2 ini tak mampu menyusu bayi, bila bacaan jaundis bayi tinggi, maka bermulalah era stress ketika dalam pantang.

Dan stress juga adalah salah satu penyumbang kepada masalah Baby blues dan postpartum depression atau meroyan.

Tetapi ibu2 ini suka salahkan orang sekeliling.

Salahkan orang yang hina dia susu tak banyak.
Salahkan orang yang kecam dia bila dia sembelit.
Sedangkan salahnya terletak pada si ibu yang sibuk nak ketat dan rapat selepas bersalin.

Tanpa mengetahui, bahawa amalan ubat2 rapat itu adalah punca sembelit dan kurang susu badannya.

Tolong jadi bijak.
Rajin2 belajar cara amalan herba Melayu yang betul.



Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.



Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Wednesday, October 11, 2017

Manjakani penyebab MEROYAN


Saya lihat ramai rakan2 FB saya menjual ubat bersalin yang mempunyai kandungan manjakani di dalamnya.

Sedangkan dari dahulu sudah sy ceritakan....sudah sy kupaskan..... bagaimana manjakani boleh mengakibatkan lebih banyak mudharat jika diamalkan sebelum tempoh 30 hari berpantang. (Ubat rapat hanya boleh dimulakan pada hari ke 30 SELEPAS bersalin)

Manjakani adalah salah satu herba yang digunakan untuk merapatkan saluran faraj.

Ibu2 yang amalkan manjakani sebelum hari ke 30 bersalin akan mengalami darah nifas yang tidak lawas keluar. Bagaimana nak keluar. Kalau saluran faraj sudah diasak2 utk ketat dan rapat ketika rahim masih mentah dan masih berdarah. 

Sudahnya, 14 hari selepas bersalin darah dah kering. Banggalah ibu dapat solat dan puasa tanpa tahu bahaya dalam tubuh umpama bom jangka yang menunggu hari utk mengganas.

Lalu berkumpullah darah bantal di dalam rahim ibu. Sebab itu kita tgk kebanyakkan wanita yang alami rengat rata2nya adalah wanita yang mengamalkan manjakani sebelum hari ke 30 berpantang.

Kemudian darah kotor yang terperangkap dalam rahim ini mengakibatkan keracunan di dalam tubuh ibu. Hormon ibu mula menjadi tidak stabil. Ibu mudah beremosi (marah, sedih & keliru dalam pantang) - inilah permulaan MEROYAN

Saya agak terkilan. Dalam sibuk saya mengajar orang luar akan bahana amalan ubat rapat sebelum hari ke 30 berpantang, kawan2 FB saya sendiri gah menjual ubat2an mempunyai kandungan perapat dan mewar2kan ia bagus utk ibu2 amalkan SEJURUS selepas bersalin.

Sebab tu sy tak heran jika ahli perubatan moden mengecam penjual herba.

Sebab anda menjual tanpa ilmu.

Anda merosakkan masyarakat hanya demi mengaut keuntungan.

Sedangkan bila saya selidik, mereka yang mengeluarkan produk2 sebegini adalah kaum asing yang menggunapakai nama MELAYU.

Kita pula hanya menjual tanpa menyelidik.

Bukankah menuntut ilmu akan barangan yang didagangkan (kebaikan dan juga keburukan produk) termaktub dalam ketelusan jual beli menurut konteks perniagaan Islam?

Akhirnya...

Melayu juga membunuh amalan Melayu.



Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.



Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184



Aku yang kena bedah, kau yang panas. Pehallll????

Porsedur c-section merupakan kurnia Allah buat wanita-wanita menyelamatkan kandungannya.

Tips utk tangani stress apabila dipertikaikan bersalin secara ceasearean..
1. Ramai orang selalunya jadi curious bila si ibu bersalin ceaser. Even kak ice dah 3 kali ceaser...tetap akan bertanya (dan kadang2 mempertikaikan) kenapa si ibu end up with czer. Itu normal.

2. Pertikaian yg kak ice buat bkn ke atas kemampuan ibu utk bersalin normal. Tetapi lebih kepada mengapa pihak hospital ambil langkah ceaserean sbb lain hospital (kerajaan & swasta) lain aturannya. Mcm kak ice anak 1st....5 hari try bersalin normal baru kena ceaser. So agak pelik kalau seorang ibu baru try sehari dah kena ceaser.


3. Cerita disebalik ceaser ni menarik. Ramai orang nak tahu sebab ia kelahiran yang unik. Cerita pasal kepala baby tak turun, tali pusat terbelit, uri kat bawah...ia adalah cerita yang tak ramai orang alami. Hanya orang2 terpilih je akan Allah bagi peluang lalui cerita ini.

4. Jangan risau jika anda tak mampu bersalin normal. Ia bukanlah satu kecacatan. Kita perlu bersyukur boleh lalui prosedur ceaser. Sebab jika kita hidup zaman2 pontianak harum sundal malam, kita dah lama terbiar meninggal ketika mencuba melahirkan anak. Berterima kasih kepada teknologi.



5. Bersalin normal atau ceaser, tak menjaminkan kita ibu yang hebat. Kehebatan seorang ibu diukur ketika anak yang kita didik mampu menjadi hamba Allah yang cemerlang. Bukan dari cara kita melahirkan mereka.



6. Mudah atau susah bersalin bukan pengukur dosa pahala. Semuanya adalah rahmat dari Allah. Sakit itu rahmat Allah menghapuskan dosa2 kita.

Kesakitan kontraksi, kesakitan ketika dibedah tiada siapa yang boleh mempertikaikannya

7. Jangan fikir apa kata orang. Jangan sumpah orang yang mengata. Doakan mereka yang baik2. Fikir yang positif2 sahaja. Jangan tertekan sampai meroyan. Sebab orang2 yang mulut jahat ni kadang2 memang hati pun jahat. Saje nak tgk kita meroyan agar mengganggu rumahtangga kita masa hadapan. Jangan berikan mereka kemenangan mengawal fikiran kita.

Makcik-makcik bawang ni sila reject awal-awal kalau nak datang ziarah. 

8. Utk bakal2 suami. Kenali siapa orang yang isteri tak suka dan sababat isteri. Lepas pantang, pastikan orang yg dia tak suka berada 8 meter dari isteri sentiasa. Kawal perimeter sediplomatiknya. Jika tak mampu pun, sentiasa back up isteri bila dah start orang mengata2.


Apapun tahniah bagi yang dah pernah bersalin ceaser.
Bukan calang2 orangnya.

Sanggup dilapah demi menyelamatkan anak yang dikandung. Sedangkan kalau orang offer lapah perut utk emas pun korang tak sanggup.

Chin up mommies.
Well done!


Bekas 3 kali czer mom.

Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.


Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Tuesday, October 10, 2017

Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan

Disebabkan terlalu ramai bakal ibu-ibu muda dok whatsapp/PM kak Ice bertanya macam mana nak berpantang selepas bersalin secara pembedahan, so kak ice buat post ni khas untuk hangpa.

Kak Ice faham...kalau bersalin normal, rata-rata semua orang dah standby nak buat apa selepas bersalin. Tetapi kalau tiba-tiba kena bedah, si ibu boleh jadi "blank" secara tiba-tiba.

Disebabkan Kak ice pun merupakan seorang ibu yang dah bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali, maka Kak Ice akan kongsikan cara dan amalan yang sesuai untuk kalian nak ikut ya.


1. Urutan Selepas Bersalin




  • Masa Kak Ice bersalin ceaser dahulu, ibu Kak Ice hanya start mengurut Kak Ice pada hari ke 7 kerana masa tu Kak ice baru rasa selesa nak terlentang dan mengiring. Sebab masa awal-awal selepas bersalin secara pembedahan,  Kak Ice rasa ngilu sangat even nak berjalan. So kiranya, selepas seminggu tu badan dah kira selesalah.

  • Ibu boleh diurut secara telentang, duduk dan mengiring. Meniarap hanya selepas 2 minggu bersalin ya.

  • Ramai bidan yang skip urut tang perut kalau mak itu bersalin secara bedah. Sedangkan, urutan pada bahagian perutlah sangat-sangat melegakan ibu kerana kebanyakkan ibu selepas dibedah mudah terkena sembelit, kembung perut dan senak di kawasan ulu hati.

  • Ambillah pakej urutan 3 hari berturut-turut. Kalau bidan tu jenis urutannya kuat, mintalah dia datang selang sehari.


2. Tuaman seluruh badan


  • Tuaman seluruh badan perlu dilakukan si ibu sebaiknya sejurus selepas keluar bilik bedah. So, kalau kat hospital tu, kita pakai tungku bantal elektrik atau hot water bag.
Hot water bnag lebih mudah dan praktikal digunakan ketika berada di dalam hospital
  • Lepas dah balik rumah baru boleh pakai tungku besi, tungku tanah liat mahupun tungku batu sungai.

  • Bahagian mana nak tuam? Perut (elakkan tempat c-sect), celah peha, betis, tapak kaki, pinggang, pinggul, belikat dan belakang.

  • Rawatan tuaman ini banyak membantu memcahkan dan mengeluarkan angin, melegakan otot yang tegang, dan melancarkan pengeluaran darah bantal (darah awal yang berketul selepas bersalin)

3. Pemakaian Bengkung


  • Pemakaian bengkung untuk selepas bersalin pembedahan adalah untuk "memegang" perut ibu agar tidak membuai. Selepas dibedah, setiap kali kita berjalan, perut akan membuai dan mengakibatkan luka atas dan luka bawah bergesel.Lalu ibu akan rasa perit kat tempat luka.

  • So pemakaian tummy wrapping atau bengkung ini juga cepat mengempiskan perut ibu. Kak Ice pakai bengkung kain 100 hari selepas bersalin. Kesannya, 3 kali ceaser perut tak memboyak dan membuncit kehadapan. kesian kadang-kadang tengok ibu selepas czer yang tak dibenarkan berbengkung. Bila anak dah besar, mereka turut mengalami masalah perut mengembang.
  • Cara pemakaian bengkung selepas pembedahan
    • Minggu Pertama - Kedua: Pakai strap on binder
    • Minggu ke Kedua sehingga habis pantang : Pakai bengkung kain longgar-longgar
    • Hari ke 44 - hari ke 100 : Pakai bengkung kain ketatkan sedikit. Masa ni nak pakai girdle pun dah boleh

  • Tetapi korang kena ingat ya, kalau korang jenis lasak Kak Ice tak galakkan korang pakai bengkung. Sebab boleh terbuka balik jahitan perut. Macam Kak ice, keluarga very supportive. Satu kerja rumah pun tak diberi buat. So banyak berehat. Sebab itu kak ice mampu berbengkung 100 hari lamanya.
4. Pakai Param dan Pilis




  • Param dipakai untuk memanaskan badan ibu. Ia mengelakkan angin sejuk masuk melalui liang pori kulit si ibu.


  • Pilis dipakai di dahi untuk mengelakkan ibu mudah terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan si ibu mudah terkena migrain ketika mahupun selepas habis pantang nanti

5. Makan Herba




  • Makan herba selepas bersalin berfungsi sebagai pelawas untuk memudahkan ibu buang air besar. Selalunya campuran air rebusan daripada halia, halba, jintan hitam, serai, kulit kayu manis dan cengkih.

  • Amalan air rebusan halba dan kurma merah adalah untuk tambah darah ibu. Sebab kita selepas pembedahahan selalunya kehilangan lebih banyak bilangan darah berbanding ibu yang bersalin normal. Once darah bertambah maka meriahlah susu badan ibu! Kiranya serampang dua mata punya perubatanlah ni.

  • Amalan air pegaga untuk merendahkan tekanan darah tinggi ibu

  • Amalan susu berbadam yang diblend dengan kurma merah untuk tambah tenaga ibu.

  • Amalan air kunyit 3 hari sahaja untuk melawaskan pengeluaran darah bantal (darah berketul di awal berpantang). kemudian teruskan dengan air rebusan herba seperti di atas.

  • Untuk luka pembedahan pula, elakkan segala pati gamat dan pati haruan. Makan ikan haruan yang fresh. Pati-pati ini mampu membuatkan luka pembedahan melekat-lekat dengan organ dalaman yang lain dimana akan menimbulkan komplikasi dikemudian hari.

  • Untuk luka pembedahan, amalan kuning telur ayam kampung mentah dicampurkan dengan renehan herba atau kopi o kampung setiap pagi. Amalkan 2 minggu berturut-turut yang penting kena mentah ya.

So....inilah BASICASAS. Aturan berpantang yang ibu-ibu perlu tahu selepas bersalin secara PEMBEDAHAN.

Kongsikan dengan rakan-rakan agar memudahkan urusan mereka berpantang dikemudian hari.

Semoga bermanfaat!


Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.


Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Thursday, October 5, 2017

Silap sengkak, rahim rosak

Hasil carian imej untuk beautiful uterus drawing
Sengkak.

Adalah istiadat urutan yang hanya wujud dalam Perbidanan Melayu.

Tidak terdapat dimana-mana urutan seluruh dunia.

Istiadat sengkak ini, ada turutannya. Ada tertibnya. Silap sengkak, rahim ibu selepas bersalin boleh rosak mahupun cacat.




Amalan sengkak adalah memasukkan keseluruhan rahim ke dalam sarangnya, iaitu diantara tulang pelvik. Kerana selalunya, selepas bersalin rahim wanita yang diteran ketika proses kelahiran akan melorot turun.


Akan tetapi perlu diingatkan. Kondisi rahim selepas bersalin selalunya masih membengkak dan lemah. (sila rujuk gambarajah di bawah)


Beza antara rahim selepas melahirkan anak dengan saiz rahim selepas 6 minggu melahirkan anak

Sedangkan bahagian yang menempatkan rahim di celah tulang pelvis hanyalah sebesar buah pear. Dan apabila rahim yang masih membengkak sebesar buah betik masak diasak-asak, ditolak-tolak untuk masuk ke "sarang"nya, maka berlakulah kecacatan pada rahim.


Kedudukan rahim di dalam tulang pelvik wanita


Istiadat sengkak yang melulu sebegini mampu mengakibatkan ibu tumpah darah, darah nifas terhenti dan yang lebih teruk adalah kecacatan rahim di mana rahim akan terdongak atau menunduk lalu menyukarkan si ibu untuk hamil dikemudian hari


posisi uterus yang tidak normal (ehsan Huffpost UK)



Kerana itu rahim perlu dirawat secara berperingkat sepanjang tempoh berpantang. Tidak boleh disengkak secara semberono.


Pada awal-awal waktu berpantang, bidan akan melebihkan rawatan pada rahim dengan amalan sapuan ubat barut dan pemakaian bengkung untuk menampung rahim yang lemah itu agar rasa selesa. 

Tuaman dilakukan agar rahim mengecut dengan rapi selepas bersalin.

Kemudian teknik urutan pada kawasan ari-ari lebih lembut dengan teknik memujuk rahim. Ia adalah teknik yang sangat-sangat berbeza dari sengkak. 

Teknik pujuk rahim ini lebih menfokuskan pada bahagian otot dan urat-urat sekitar rahim dimana ia kan diusap dan di pujuk dengan lembut untuk mengurangkan rasa tenat dan senak selepas bersalin.

Untuk ibu bersalin secara pembedahn seperti Kak Ice, tak perlu risau jika tidak dapat melakukan rawatan pujuk rahim dan sengkak rahim. Ini kerana proses bersalin secara pembedahan  tidak menggunakan proses meneran yang extreme ketika melahirkan anak.

Sebab itu orang bersalin secara pembedahan tak perlu disengkak sebenarnya. 

Akan tetapi dengan keadaan zaman sekarang dimana anak-anak muda yang tidak berpantang dan suka berlasak-lasak selepas bersalin membuatkan si ibu mudah mendapat simptom jatuh peranakan meskipun baru selepas 3 bulan dibedah.

Sedangkan Kak Ice sendiri lepas anak dah 2 tahun, baru minta suami sengkakkan sebab tiba-tiba rasa berat di ari-ari dan kencing tidak lawas 9simptom jatuh peranakan).

Dan bagi ibu yang berpantang dengan tertib diikuti dengan amalan ubat herba yang berkesan, silap haribulan rahim anda mengecut dengan elok dan akan "merangkak"sendiri masuk ke "sarang"nya.





Disebabkan itulah, guru kak Ice selalu berpesan, amalan sengkak peranakan ni bukanlah WAJIB dilakukan setiap kali selepas urutan bersalin. Bidan kena pandai menilik keadaan rahim sebelum mebuat keputusan samada rahim si ibu perlu atau tidak disengkak.

Bila didapati rahim sudah mengeram di dalam sarangnya, sengkak tidak perlu dilakukan.

Ini hanya berlaku kepada wanita yang benar-benar menjaga tatatertib aturan berpantang.




Ilmu perkongsian
Buku Adab Dalam Pantang Bersalin, Sh. Anisah Barakbah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu , Sh. Anisah barakbah
Intipati perkongsian dari kelas yang dianjurkan oleh Datin Sh. Anisah Barakbah. 



Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan.


Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184