BLESSED BEAUTY IDOL




Datin Sharifah Anisah bt Tan Sri Dato’ Profesor Syed Agil Barakbah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy dilahirkan di Alor Setar, Kedah. 


Desakan dan permintaan kawan serta kenalan yang tidak putus-putus mengharapkan bantuan perubatan herba dan rawatan tradisional Melayu pada sekitar tahun 1965 telah mendorong beliau menukar haluan kerjaya. Keberhasilan "perawatan" yang diberikan kepada mereka itu mendatangkan kesedaran kepada Datin Anisah-bahawa beliau telahpun mewarisi ilmu dan kemahiran perubatan herba dan perawatan tradisional yang diperturunkan daripada leluhurnya, yang dapat dijejaki sehingga 800 tahun lalu, bermula dari Hadramaut-Yaman, menyelusuri wilayah di China, India, dan berkembang ke Solo Palembang, Siak, Acheh, dan Jambi dan sampailah ke Kedah Darul Aman.

Pada ketika itu, ramuan yang diberikannya lebih dikenali sebagai "Ubat Mak Tuan" atau "Ubat Kak Pah". Sifat suka menolong dan mengambil berat akan kebajikan insan lain yang dianugerahkan Tuhan kepadanya telah mempertajam upaya beliau.Dari semasa ke semasa, beliau berusaha memperdalam ilmu dalam bidang perawatan dan perubatan herba., yang mana sebahagian besar yang menerima rawatan daripadanya berhasil meningkatkan kualiti hidup mereka.

Ketika menghadiri kelas urutan Melayu oleh Tuan Syed Mahdi



Syed Mahdi b Syed Faozi Barakbah adalah anak kelahiran Kedah Darulaman, sememangnya dari kecil terdedah dengan perubatan alternatif melalui amalan ayah dan perubatan tradisional Melayu melalui keluarga sebelah arwah emak.

Mula melibatkan diri secara langsung melalui industri herba dan mengeluarkan produk-produk kesihatan dari tahun 1989-1995 melalui ilmu yang dipelajari dari ibu mertua serta berkecimpung dalam dunia urutan Melayu sejak tahun 1992 hingga sekarang.

Ilmu urutan Melayu keseluruhannya dipelajari secara lisan dan tidak formal dari lebih 10 orang guru tua di seluruh tanah Melayu yang sememangnya mereka adalah pengamal perubatan Melayu yang digelarkan dengan panggilan bomoh, dukun, pawang, mudim, batin dan bidan. Pencapaian akademik yang diperolehi ialah Diploma Lanjutan Urutan Melayu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2010-2011) dan dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat urutan Melayu oleh Asia Pasific Open University (2011).